SplashMoneyOnline.com

Grab Online Opportunity Smartly
Menu
  • Home
  • Sitemap
  • About
  • Privacy Policy
Home
Lirik Lagu
Tigreal

Tigreal

Santro Sondy 6 November 2019
30 Minute List Building Challenge

Bagaimana cara menjadi Top Global Tigreal?

Kali ini saya akan berblog mengenai Tigreal, untuk makluman, sebelum ini saya telah menulis tentang “Tabiat Menjadi Blogger Berjaya“.

Ini merupakan salah satu contoh tabiat yang boleh menjadikan anda seorang blogger yang berjaya, iaitu mengongsikan apa sahaja perkembangan pada perkara-perkara yang anda belajar dan mahu dikongsikan pada sahabat diluar sana.

Baiklah, Mari kita terus ke topik “Tigreal”.. Welcome to Mobile Legends!!!

Tigreal adalah salah satu watak rekaan yang menjadi kegemaran saya selepas saya menyedari betapa sukarnya dan mencabarnya menggunakan hero ini untuk sampai ke rank Mythic.

Saya telah pun berjaya menggunakan Tigreal sehingga ke rank Mythic. Kini, matlamat saya ialah untuk menjadi top global untuk hero ini.

Banyak yang telah saya pelajari hasil dari menggunakan hero ini. Ramai juga pemain-pemain dalam Mobile Legend lain yang bertanya “Apa kau tidak bosan menggunakan hero yang sama?”

Saya hanya menjawab mereka “Ini saja yang saya tahu”. Sebenarnya saya mahu mencabar diri saya untuk memahami bagaimana menggunakan kemahiran yang kita ada untuk berkerjasama dengan pemain lain di dalam permainana Mobile Legends.

Selain itu, saya juga telah membuat satu channel di Youtube yang hanya berfokus pada video cara saya menggunakan hero ini.

Dalam artikel ini, saya akan mengongsikan tips, Item Build, Jurnal perjalanan dan perkembangan semasa ROAD To Top Global bagi hero kegemaran saya ini iaitu Tigreal.

Tigreal Membawa Team untuk MENANG

“A warrior’s duty is to bring victory”.
Inilah ayat trademark untuk hero, yang juga menjadi kegemaran saya. Pasang mindset ini dalam minda setiap kali kamu menggunakan hero ini dalam permainan Mobile Legends.

Apabila kamu menggunakan hero ini sentiasa ingat tanggungjawab untuk membawa kemenangan kepada Team, bukan pada hero ini sendiri. Lihat keadaan ahli team dan juga team lawan.

Memahami Pattern Ahli Team

Lihat apa item yang sudah dimiliki oleh Damage Dealer dalam team kamu. Sekiranya item Crit atau lifesteal sudah siap dibina, maka ada baiknya kamu assist dia sebaiknya tanpa mengorbankan diri kamu.

Sebab setiap kill yang dilakukan oleh pihak lawan akan memberikan lebih EXP dan GOLD kepada mereka. Sebaiknya jangan mati dengan sia-sia. Sekurang-kurangnya lakukan Assist sesaat sebelum kematian.

Memahami Pattern Team Lawan

Lihat apa item Defense yang digunakan oleh Tank team lawan untuk menhadapi team kamu. JIKA mereka membeli item Dominance Ice, maka counter mereka sama ada dengan membeli item yamg sama iaitu Dominance Ice atau membeli item Courage Mask.

Pilih Item untuk WIN berbanding LOSE

Pilih item yang dapat meningkatkan peratus kemenangan untuk team kamu. Dalam dunia Mobile Legends, 1-3 kali kematian tidak melambangkan kekalahan.

Kematian yang melebihi 3 kali untuk setiap pemain akan menjatuhkan peratus kemenangan TEAM anda dari 70% ke 40%. Kerana GOLD dan EXPERIENCE team lawan 2 kali lebih maju berbanding ahli-ahli dalam team anda.

Sempurnakan Item Asas Dahulu

Kekuatan Tank ini adalah Hit Point (HP)nya yang tinggi. Disebabkan itu ia berperanan sebagai penyerap damage dari pihak lawan.

Oleh itu, sempurnakan dahulu item yang memberi HP 1000 ke atas. Bagi saya, saya lebih suka untuk menggunakan “Athena Shield” sebagai Item Asas saya.

Pilih Lokasi War

Anda mestilah berusaha berlawan di kawasan yang memberi lebih banyak kelebihan kepada Hero ini. Bawa pihak lawan untuk berlawan di kawasan yang dekat dengan Turret, tidak kiralah sama ada Turret Top Lane, Mid Lane atau Bottom Lane. Atau bawa pihak lawan bermain dekat dengan Damage Dealer anda.

Tapi selalunya, Hero ini perlu Roaming ke semua tempat dalam Map Mobile Legends. Hanya perlu ingat, Damage Per Second (DPS) hero ini sangat rendah, perlu Hero damage lain untuk sentiasa ada untuk Kill lawan.

Analisis Info Attribute Lawan Tigreal

Diruangan “Score” bahagian atas tengah skrin anda, anda boleh melihat “Equipment” yang digunakan oleh pihak lawan anda. Mungkin anda tidak sedar selama ini, dekat dengan “Equipment”, ada “Attributes”.

Di “Attributes” anda akan dapat melihat HP, Physical ATK, Magic Power, Physical Defense, dan Magic Defense pihak lawan. Anda boleh menggunakan info ini, untuk mengetahui kemampuan semasa lawan anda, supaya anda boleh menyerang dengan yakin atau menyokong Damage Dealer anda yang mempunyai Physical ATK tertinggi dalam team anda.

Kukuhkan Item asas Tigreal

Item pertama yang anda pilih akan menentukan sama ada anda menang atau tidak. Pilih item pertama yang dapat melindungi damage damage dealer anda. Anda boleh lindungi Item asas dengan menambah Physical Defense, regeneration yang cepat, Magic Defense dan akhir sekali Hit Point yang tinggi.

Add Physical dan Magic Defense

Formasi pembinaan Defense untuk Hero ini bergantung pada hero yang anda lawan. Contohnya jika Damage Dealer yang berunsurkan Magic seperti Gusion dan Chang’e, Maka formasi 2P1M perlu digunakan.  Maksud 2P1M ialah 2 Physical Defense, 1 Magic Defense.

Caranya ialah beli 2 kali Item Physical Defense, kemudian Diikuti dengan Magic Defense. Kemudian ulang lagi beli 2 kali Item Physical Defense, kemudian Diikuti dengan Magic Defense.

Item Build 2019 untuk naikkan peratus kemenangan Tigreal

Disini ialah susunan item yang boleh meningkatkan peratus kemenangan anda ketika menggunakan hero ini. Dalam susunan pembinaan item ini, fokusnya ialah Regenerate Hitpoint dengan cepat. Dahulukan untuk membeli item Regenerate, kemudian diikuti dengan item yang meningkatkan Hitpoint.

Item-itemnya ialah Guardian Helmet > Rapid Boots > Courage Mask > Cursed Helmet > Athena’s Shield > Immortality

Berikut adalah cadangan yang lebih jelas.

Wooden Mask > Healing Necklace > Vitality Crystal > Vitality Crystal > Ares Belt > Ares Belt > Guardian Helmet > Boots > Rapid Boots > Iron Mask > Courage Mask > Magic Resist Cloak > Vitality Crystal > Molten essence > Cursed Helmet > Magic Resist Cloak > Vitality Crystal > Vitality Crystal > Ares Belt > Silence Robe > Athena’s Shield > Leather Jerkin > Vitality Crystal > Ares Belt > Immortality

Maksimumkan HP sebelum War

Jangan Mulakan War sekiranya HP tidak Maksimum. Jika anda berfikiran memulakan war dengan HP yang tidak maksimum adalah profesional player, saya tidak mahu mengatakan itu tidak benar tetapi yang pasti, itu akan meningkatkan peratus anda untuk kalah khususnya ketika menggunakan hero ini.

Sekiranya anda mahu meningkatkan peratus kemenangan dalam Team anda, maksimumkan dahulu HP anda. Kembali ke Base atau rehat dahulu berdekatan dengan turet anda. Sentiasa ingat dan lakukan 5P iaitu Proper Planning Prevent Poor Performance.

Kenali Tank Team Lawan

Selain Tigreal, ada juga Hero Tank yang akan menjadi lawan atau kawan semasa dalam satu-satu permainan. Hero-hero itu adalah Akai, Balmond, Baxia, Belerick, Esmeralda, Franco, Gatotkaca, Grock, Hilda, Hylos, Johnson, Khufra, Lolita, Masha, Minotaur dan Uranus.

Setiap hero-hero ini ada kelebihan dan kekurangannya. Dengan mengenali Tank Pihak lawan, anda boleh meningkatkan peratus kemenangan anda ketika menggunakan hero ini. Sebagai contoh, Ketika saya berlawan dengan team Grock, kebanyakannya akan dimenangi oleh saya kerana saya membeli “Cursed Helmet” ditambah lagi dengan serangan dari Damage Dealer dalam team saya.

Mengalihkan Perhatian Musuh ketika Menyerang Lord

Ketika Menyerang lord berdua (2) dengan Damage Dealer, gunakan Skill Attackwave untuk memperlahankan musuh.

Lakukan ini sehingga Damage Dealer berjaya Slain the Lord.  Pernah sekali dalam permainan, walaupun sudah menggunakan hero ini 3,000 matches, teguran seperti “Tak Halang Chang’e tadi” memang terasa menusuk ke dalam lubuk hati yang paling dalam.

Teguran ini penting untuk sentiasa diambil perhatian sekiranya anda mahu menjadi penguna Tigreal yang serius.

Gunakan fikiran ketika bermain

Mengikut pengalaman saya, sangat senang untuk mengetahui sama ada anda bermain menggunakan akal fikiran atau tidak. Caranya untuk mengetahui ialah anda tahu anda penat tapi anda tidak berhenti bermain. Pada saat anda merasa penat atau lapar, itulah masa untuk anda rehat.

Sekiranya anda teruskan juga untuk bermain, itu tandanya anda lebih mengikut perasaan berbanding fikiran. Dalam Hierarki Keperluan Asas Manusia, saya ringkaskan, untuk mencapai kemenangan, keperluan asas perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Keperluan asas yang terpenuhi akan memberikan impak yang baik kepada Psikologi anda dan anda mempunyai lebih TENAGA untuk berfikir. Ingat anda perlu tenaga untuk berfikir. Tanpa tenaga anda akan bermain seperti orang yang tiada matlamat.

Buang Ego Ketika Bermain

Yakin dan Ego adalah 2 perkara berbeza. Jadi, buang ego anda ketika bermain menggunakan Hero ini. Yakinlah, A Warrior Duty is to bring Victory.

Gunakan hero ini dengan sebaiknya, anda boleh gunakannya untuk membawa Team anda mencapai kemenangan tidak kira siapa pun lawan anda. Contohnya, anda menjadikan Turret sebagai Damage Dealer ketika berlawan 1 dengan 1 hero lawan.

Saya sentiasa menggunakan turret sebagai salah satu damage dealer hebat saya ketika bermain. Turret Itu hanya contoh sahaja. Begitu juga caranya ketika anda berkerjasama dengan Hero Damage Dealer yang ada dalam team anda.

Protect Damage Dealar dan buka peluang untuk mereka Serang. Jangan asyik fikir yang anda sangat hebat dan sentiasa mahu disokong. Buangkan ego dan sokonglah Damage Dealer anda.

Berkomunikasi dengan Team

Permainan akan lebih efisien sekiranya ada komunikasi antara ahli dalam team. ON kan microphone dan speaker anda dan bercakaplah sesuatu yang dapat membantu ahil dalam team untuk membuat keputusan sama ada ATTACK atau RETREAT.

Tigreal adalah hero Initiator, jadi pengurus pasukan anda yang berlainan EGOnya. Jangan biarkan emosi negatif menguasai ahli dalam team anda. Cakap sesuatu yang positif walaupun menghadapi kekalahan, Komunikasi positif akan meningkatkan peratus kemenangan anda.

Counter Damage Dealer (DD) yang menonjol

Lihat Attribute Enemy yang paling banyak Kill. Adakah jenis damage DD team lawan itu adalah MAGIC DAMAGE atau PHYSICAL DAMAGE. Sekiranya Magic Damage lebihkan Magic Defense anda. Sekiranya Physical Damage, lebihkan Physical Defense anda.

Latih diri anda untuk memeriksa Attribute semasa Damage Dealer team lawan anda.

Jangan Solo Terlalu Lama

Ketika menggunakan Hero ini dalam Peta Rank Mobile Legend, jangan solo terlalu lama. Kenalpasti pemain Damage Dealer yang baik dalam Team anda (Untuk Tigreal Solo).

Selepas itu, beritahu Damage Dealer tersebut untuk Tambahkan Physical Damage atau Magic Damage.

Ini tips dari Top Global Player untuk hero Marksman. TIPS yang dia berikan ialah Jangan Solo, lakukan Duo atau Trio. Poinnya disini ialah bantu damage dealer yang ada dalam team anda.

Bergerak secara berkumpulan, Duo atau Trio akan meningkatkan 1-3% peratus kemenangan anda ketika menggunakan hero ini.

Berlatih di Map Classic

Hari ini saya tiba-tiba suka untuk mengulas lebih dalam mengenai topik Map Classic dalam Permainan Mobile Legend.

Pertama sekali, anda mesti ingat ini, Map Classic yang terdapat dalam permainan mobile legend merupakan tempat yang paling baik untuk anda bermain dengan tenang, selain itu tempat ini juga merupakan tempat yang sempurna bagi anda untuk melatih jari-jari anda menggunakan skill-skill yang ada pada hero ini.

Selain hero ini, anda juga boleh berlatih menggunakan hero yang baru anda beli di map classic ini. Walaupun hanya Classic, masih ramai pemain profesional Mobile Legend yang bermain dalam Map ini.

Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa ada pemain profesional yang bermain dalam Map Classic Mobile Legend? Teruskan membaca ini jawapan kepada persoalan anda itu.

Pemain profesional menjadi profesional kerana apa? Kerana latihankan? Ya, betullah, kita hanya akan menjadi peofesional sekiranya kita berlatih lebih banyak berbanding orang biasa. Pemain Profesional sentiasa memerlukan latihan untuk meningkatkan prestasi mereka.

Saya juga mahu menjadi pemain Profesional untuk Tank Tigreal, setakat ini saya telah pun menggunakan hero ini dalam 3100 matches. Saya merasakan ada gaya permainan saya yang hampir sama dengan Top Global, kenapa? sebabnya saya telah pun banyak (3100 perlawanan) menghadapi pelbagai kombinasi hero.

Mari saya teruskan, apa yang saya rasakan ketika saya menggunakan hero ini. Untuk pengetahuan anda, untuk sampai ke 3000 matches, saya telah mengambil masa berlatih menggunakan hero ini dari Bulan April 2019.

Jadi, memang banyaklah perasaan ketika perjalanan ke arah 3000 matches ini.

Inilah antara ayat-ayat yang sering saya terima ketika menggunakan hero ini. Saya Kena panggil “Tigreal Babi”, “Tank Anjing”, “Bodohlah Tank”, “Nub”, “Pro Tigreal (Disindir ketika kalah)”, “Babi Tank” dan ada banyak lagi ayat yang saya terima, tapi sayang, saya tidak ingat apa ayat-ayat itu pada masa ini.

Mungkin pada masa depan saya akan kongsikannya juga disini dalam artikel ini.

Seterusnya, Latihan di map Classic akan memberi anda rentak yang sesuai untuk bermain di map Rank. Gunakanlah Map classic sebagai tempat pemanasan sebelum bermain di map Rank.

Sekiranya anda sudah yakin dan berpuas hati dengan prestasi anda di Classic, bermainlah di map Rank. Sekiranya anda menggunakan hero baru (0 match), buatlah pemanasan 10 permainan di map classic.

Kenapa 10 permainan? Sebabnya untuk membiasakan anda berhadapan 10 jenis kombinasi hero yang selalu digunakan dalam permainan di map Rank.

Ingat Matlamat anda ialah untuk Menjadi Top 1 Global untuk Hero ini. Oleh itu, jangan bermain di map rank sekiranya anda masih tidak banyak berlatih di map classic. Kenapa? Sebab setiap kekalahan akan menurunkan bintang anda, yang akan menyebabkan MMR (Match Making Rate) anda akan menurun.

Kalau ketika ini MMR anda ialah 1000, maknanya anda masih perlukan lebih 3000 untuk menjadi Top 1 Global Tigreal. Seperti yang saya nyatakan sebelumnya, jangan bermain di map rank sekiranya anda tidak yakin untuk menang. Berlatih dahulu di Map Classic.

Kembali kepada topik kombinasi hero. Secara umumnya Hero-hero yang selalu digunakan dalam permainan di map rank ialah Tank, Marksman, Mage, Fighter dan Support.

Tapi, sekiranya anda bermain di map Classic, anda akan bermain dengan pelbagai level pengguna hero. Ada pemain dari epic bermain dengan Mythic. Ada pemain Elite bermain dengan Epic.

Sebab itu, sejak kebelakangan ini saya suka berlatih dalam map classic kerana kekalahan di map ini tidak akan menurunkan Rank semasa saya. Jangan ada kerisauan tentang turunya rank anda sekiranya anda bermain di map ini.

Luangkanlah masa untuk berlatih menggunakan hero ini sebanyak yang anda mahukan. Lebih banyak anda berlatih, maka lebih mantap lagi permainan anda di Rank map. Teruskan berlatih sehingga ke Tahap 1 Global.

Saya juga mahu mengongsikan 4Ps iaitu Preparation Prevent Poor Performance untuk para Gamers berpengetahuan yang membaca artikel ini.

Menghadapi Kombinasi Hero Tidak Sempurna

Dalam menggunakan hero ini, pasti ada masa-masanya pilihan hero oleh ahli-ahli yang terdapat dalam team anda akan berselisih. Sebagai contoh Dalam team itu Tiada Marksman, atau terlalu banyak Mage. Apa yang perlu anda buat ialah pilih satu hero yang boleh menyerang dari jarak yang jauh. Saya maksudkan range hero.

Setelah anda sudah menemukannya, support Damage Dealer pilihan anda itu. Berikan dia lebih banyak masa untuk menyerang musuh. Apa yang perlu anda buat ialah lengahkan musuh dengan menggunakan Attackwave (Skill 1) untuk mengurangkan pergerakkan  lawan. Pastikan anda tidak mati.

Dua (2) Perkara yang anda kena ingat ketika berdekatan dengan Damage Dealer, anda perlahankan musuh dan Serap Damage dari musuh anda. Tapi, berhati-hati ketika berhadapan dengan Bruno, terutamanya pada Skill ke-3nya Wave of the World. 

Pernah sekali, Hajat saya untuk mendekati Marksman ialah untuk mengassistnya, tetapi Marksaman saya terbunuh kerana Skill-3 Bruno. Apalagi, saya pun menerima kata-kata kesat dengan serta-merta tanpa balas kasihan. Hahaha.

Bookmark Nota Hero Tigreal

Saya akan mengemaskini post ini apabila saya belajar sesuatu, oleh itu, silakan Bookmark artikel ini supaya anda tidak akan melupakan teknik-teknik yang perlu untuk memahirkan anda menggunakan hero Tigreal dalam permainan Mobile Legends Bang Bang.

How to run your blog better ?
I teach you how to start a blog with whatever you have now.

You might want to learn from a fool like me. I say this because I have tried various ways in the past. Now, there is an increasingly vivid imagination in my mind. I want you to be the first to know the idea when it’s really clear. Be the first now.

30 Minute List Building Challenge
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Post Terbaru

  • Good Night Quotes
  • How Restaurants Use Email Marketing
  • Facebook Can Help Us Make Money
  • How to Make Money Online from Home
  • Best Way to Make Money Online

SplashMoneyOnline.com

Grab Online Opportunity Smartly
Copyright © 2021 SplashMoneyOnline.com
Theme by MyThemeShop.com