Lirik Lagu UMK membuatkan saya teringat pada 3 perkataan yang sering dilaung-laungkan di Malaysia iaitu cemerlang, gemilang, terbilang.
Maksud bagi perkataan cemerlang adalah sangat indah dan baik. Gemilang pula bermaksud bercahaya, terang-benderang, juga sinonim kepada cemerlang. Manakala Terbilang pula bermaksud terkenal.
Jika anda menonjol dalam 3 perkataan ini, anda dikira seorang yang ramai pengikut di Malaysia. Hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang satu lagu yang bertajuk Terbilang UMK.
Saya tertarik dengan lagu ini kerana perkataan “Terbilang” nya. Siapa yang tidak mahu menjadi terbilangkan? Sebelum saya berkongsi lebih lanjut mari nyanyi atau baca dahulu lirik lagu ini.
Berikut adalah Lirik penuh Terbilang UMK – Lagu Rasmi Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Lirik Lagu UMK – Terbilang UMK
Biru, jingga dan merah warnanya
Semangat sumpah setia
Inovatif, Integriti
Ilmu diterokai
Warisan, budaya, sumber asli
Keusahawanan teras kami
Kekayaan akal dan budi
Mendidik, insan yang sejati
Merintis perubahan terkini
Demi-Mu Yang Maha Pencipta
Merealisasi Visi menjadi realiti
Demi negara tercinta
Relevan, unik dan berbeza
Penjana peradaban bangsa
Janji kami pada semua
Taburi, jasa di mana jua
Merintis perubahan terkini
Demi-Mu Yang Maha Pencipta
Merealisasi Visi menjadi realiti
Demi negara tercinta
Relevan, unik dan berbeza
Penjana peradaban bangsa
Janji kami pada semua
Taburi, jasa di mana jua
Universiti Malaysia Kelantan
Terbilang UMK
Lirik Lagu Negaraku
Lirik Lagu Tanggal 31 – Sudirman
Lirik Indonesia Raya – Indonesia
Berlatih Vokal dengan Skala Tangga Nada
Lirik Lagu Ko Sa Gemar – B H C
Lirik Lagu Keluhan Hati – Mizan Harry Khalifah
Lirik Lagu Maya – Mugen Rao and Yasmin Nadiah
Song Lyrics Stay Happy – Au/Ra
Lirik lagu Pengeran Ati – The Crew
Lirik Lagu Pura-Pura Bujang – Baby Shima
Lirik Lagu Satu Hati Sampai Mati – Thomas Arya dan Elsa Pitaloka
Lirik Lagu Terdiam Sepi – Nazia Marwiana
3 Tips untuk mejadi Terbilang
Inilah 3 perkara yang saya belajar dari Lirik Lagu UMK
Menggunakan Warna dengan bijak
Pada rangkap pertama lirik lagu UMK, Warna mempunyai kesan besar dalam psikologi kita. Bukitnya kita boleh lihat kanak-kanak yang menyukai kartun kerana mempunyai warna yang terang dan pelbagai sehingga menjadi terkenal dalam kalangan kanak-kanak.
Wanita pula ada yang menyukai warna merah, ada yang menyukai warna merah jambu. Sehingga menjadi terkenal dalam kalangan lelaki. Begitu juga dengan lelaki yang suka pada warna-warna seperti biru dan hitam, sehingga menjadi terkenal dalam kalangan wanita.
Sekiranya anda ingin menjadi terkenal, gunakanlah warna dengan sebaiknya untuk menarik perhatian pelanggan anda. Gunakan warna untuk membuatkan orang mengingati anda. Seperti saya, apabila saya ternampak warna merah, saya akan teringat Air Asia. Apabila saya, ternampak warna kuning saya akan teringat DIY atau Digi.
Oleh itu, gunakanlah warna untuk membuatkan pelanggan anda mengingati anda.
Belajar dari orang yang lebih berpengalaman
Pada rangkap kedua lirik lagu UMK, saya tertarik pada perkataan Warisan yang pernah dinyanyikan oleh Sudirman. Lagu ini mengajar saya untuk menjaga setiap perkara yang saya ada dengan hati yang rela berjuang untuk mempertahankanya.
Walaupun keseorangan, saya mesti tetap berjuang. Kaitannya dengan orang yang lebih berpengalaman ialah kita menjaga apa yang telah dimulai dari dulu kala.
Orang lama semestinya lebih banyak pengalaman dari kita yang masih muda ini. Kita adalah pewaris kepada apa yang dibina oleh orang dulu-dulu. Jika kita tidak mempertahankan apa yang mereka mulai, kita tidak akan dapat melihat kemudahan yang semakin canggih pada masa kini.
Oleh itu, belajarlah dan peganglah apa yang diajarkan oleh orang yang lebih berpengalaman.
Melakukan yang terbaik untuk Pencipta
Pencipta kita adalah Tuhan yang Maha Esa. Sangat penting untuk kita melakukan yang terbaik untuk kemuliaan nama Tuhan yang kita sembah. Muliakanlah Tuhan dengan perbuatan-perbuatan kita, iaitu dengan mengurus kehidupan kita dan orang lain dengan sebaiknya.
Kita adalah penjaga amanah Tuhan. Oleh itu, kita kena berusaha menjaga ciptaan-cipaaannya dengan sebaik mungkin supaya Dia senang hati melihat dengan kerja-kerja kita.
Apabila kita menguruskan kehidupan kita dengan baik, maka tidak mustahil kita dapat menjadi insan yang terbilang dalam bidang yang kita ceburi.
Lirik Lagu UMK adalah hak milik dan hak cipta pemiliknya. Lirik Lagu UMK ini disediakan untuk tujuan pendidikan dan penggunaan peribadi sahaja.