Lirik Lagu Anta Permana – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Lirik Lagu Anta Permana – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Bicara minda dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan, bagaikan hangat mentari
Cinta yang sejati
Jauh di mata dekat di hati
Jika dirindu jangan curangi
Ke mana, ke mana ‘kan terbawa pergi
Terduga diuji
Oh, bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
Andai bintang ‘kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ‘ku cinta
Kerna ‘ku pasti
Kau tiada pengganti
Sedangkan lidah tergigit jua
Ini ‘kan pula cinta manusia
Melayang, melayang dibawa pawana
Iringi cintamu
Oh, bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi
Andai bintang ‘kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ‘ku cinta
Kerna ‘ku pasti
Kau tiada pengganti
Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar, biarkan cinta anta permana
Andai bintang ‘kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ‘ku cinta
Kerna ‘ku pasti
Kau tiada pengganti
Kau tiada pengganti
Lirik Lagu Leraikan Black Lagu Terbaru 2019
Tips Muzik: Berlatih dengan Skala Tangga Nada. Latihan ini akan menguatkan otot vokal anda sekiranya diamalkan secara konsisten. Kepekaan anda terhadap alunan muzik juga akan meningkat, contohnya Do Re Mi, latihan yang berterusan pada skala tangga nada akan membuatkan anda merasa tidak sedap di dengar ketika “Re” dihilangkan dari skala tangga nada. Skala Tangga Nada diumpamakan ABC dalam MUZIK. Skala Tangga Nada merupakan asas bagi muzik termasuk vokal atau instrumen. Sangat digalakan untuk memupuk tabiat sebelum menyanyi supaya menyanyikan Skala Tangga Nada sebanyak sekali atau dua kali. Skala Tangga nada juga akan mematangkan kepekaan peralihan nada muzik anda. Dengan ada jenis kepekaan ini, ia akan membolehkan anda mengawal atau memperindahkan lagi peralihan dari nada sesuatu nada ke nada yang lain seperti dari nada DO ke nada RE. Pendak kata, praktislah dengna Skala Tangga Nada dan ia akan membantu anda mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran muzik anda ke peringkat profesional.
All lyrics are property and copyright of their owners. All lyrics provided for educational purposes and personal use only.