SplashMoneyOnline.com

Grab Online Opportunity Smartly
Menu
  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
Home
Blogger
Komitmen Untuk Menjadi Kaya

Komitmen Untuk Menjadi Kaya

Santro Sondy 31 January 2020
30 Minute List Building Challenge

Komitmen untuk menjadi kaya perlu bermula dari keinginan yang kuat dari dalam hati, selepas itu diikuti dengan keupayaan untuk berfikir bagaimana untuk bergerak ke arah kekayaan.

Secara puratanya, kita memerlukan masa 32 tahun untuk mengumpul RM1,000,000 tanpa bantuan kewangan yang datang dengan tiba-tiba seperti menang loteri atau melalui harta warisan.

Statistik yang aku dapatkan dari laman web Millionaire Foundry ini membuatkan aku terfikir-fikir mengenai umurku pada tahun ini, yang akan meningkat kepada 29 tahun. Maknanya, kalau aku berusaha mengumpul duit dari umurku setahun, pada umurku 32 tahun, aku akan mencapai gelaran Jutawan.

Tapi persoalannya, pada umur 29 tahun ini, masih mampukah aku untuk mengumpul duit sebanyak RM1,000,000?. Ini kerana, hanya ada 3 tahun lagi masa yang ada untuk mencatatkan rekod simpanan sehingga RM1,000,000.

Fikiran ini memberikan aku semangat untuk mengkaji apa komitmen yang dapat membantu mempercepatkan aku menjadi kaya seperti itu. Aku juga terfikirkan untuk berhibur dengan memikirkan berapa yang perlu aku simpan sekiranya aku memulakan usaha mencapai gelaran jutawan sejak dari umur setahun.

Aku juga terfikirkan untuk berhibur dengan berfikir (berangan-angan), bagaimana kalau sekiranya aku menjadikan anakku sebagai jutawan pada masa akan datang dengan memulakan usaha tersebut sejak dia lahir.

Aku juga terfikirkan, bolehkah formula Compound Interest membantu aku mengandakan duit simpanan untuk anakku sehingga RM1,000,000 pada masa dia mencapai usia 32 tahun?

Aku tidak sabar-sabar untuk berfikir mengenai perkara ini sepanjang bulan januari tahun 2020 ini. Teruskan pembacaan, kerana artikel ini akan menyajikan info menarik yang aku fikir dan sediakan selama sebulan iaitu sepanjang bulan Januari tahun ini.

Artikel ini ditulis mengikut pengalaman dan pemerhatianku sendiri, dengan mengabungkan beberapa info dari sumber lain yang aku fikirkan menarik untuk dikongsikan kepada anda.

Aku sentiasa mengharapkan anda mendapat banyak manfaat dari artikel ini, sehingga dapat menjadi bekalan kepada anda memberikan komitmen untuk menjadi orang kaya yang mempunyai RM1,000,000.

Jika aku disoal mengenai komitmen untuk menjadi kaya, aku akan jawab “Think and Grow Rich”. Jawaban aku sangat ringkas tetapi penjelasan mengenai komitmen ini anda boleh dapatkan dengan membeli buku tulisan Napoleon Hill yang bertajuk “Think and Grow Rich“.

Anda boleh dapatkannya di Amazon melalui link di atas. Dalam Buku ini, anda akan belajar 13 prinsip untuk menjadi kaya yang akan diterangkan dengan penuh dedikasi oleh Napoleon Hill. Buku ini ditulis berdasarkan kajian selama 20 tahun oleh Napoleon Hill.

Melalui proses penghasilan buku ini pun anda sudah boleh belajar mengenai komitmen untuk menjadi kaya. Inilah yang aku fikirkan, Napoleon Hill telah mengambil masa 20 untuk menghasilkan sebuah buku yang akan menjadikan dia Jutawan pada tahun ke-32.

Ingat dia, Dia berfikir selama 20 tahun dengan mengumpulkan data-data dari orang-orang yang berjaya seperti Henry Ford, Alexander Graham Bell, John D Rockfeller dan ada beberapa lagi yang anda boleh ketahuinya selepas membaca sendiri buku ini.

Mengikut info yang aku dapat dari Wikipedia

First published during the Great Depression, the book had sold more than 20 million copies by the time of Hill’s death in 1970.

Jika buku ini diterbitkan pada tahun 1937, ini bermakna 20 tahun ke belakang iaitu pada tahun 1917, Napoleon Hill telah memulakan satu komitmen untuk mengkaji formula kejayaan. Selepas tahun 1937 sehingga Napoleon Hill meninggal 1970, Buku Think and Grow Rich telah berjaya dijual lebih dari 20 juta cetakan.

Kita kembali kepada Statistik mengenai “masa 32 tahun untuk mengumpul RM1,000,000”. Jika Napoleon Hill mengambil masa 20 tahun untuk mengumpul data dan menulis buku ini iaitu antara 1917 hingga 1937, maka dia masih perlukan 12 tahun lagi untuk membuktikan bahawa statistik ini boleh digunakan mengumpul RM1,000,000.

Kalau jumlah jualan buku ini mencapai 20 juta antara 1937 sehingga 1970, maknanya dalam tempoh tersebut secara kasarnya setiap tahun akan terjual 600,000 cetakan.

Napoleon Hill mengumpul RM1,000,000 dalam tempoh 32 tahun

Sekarang mari kita berimaginasi bagaimana Napoleon Hill mengumpulkan RM1,000,000 dengan menggunakan data-data yang aku dapatkan dari buku Think and Grow Rich, Wikipedia dan pengiraan mudah diatas.

Jika Napoleon Hill memulakan usahanya untuk mengumpul RM1,000,000 pada sekitar tahun 1917, dengan berfikir selama 20 tahun untuk menghasilkan produknya iaitu buku “Think and Grow Rich”. Maknanya, dia masih mempunyai 12 tahun lagi untuk membuktikan bahawa kita perlu mengambil masa 32 tahun untuk mengumpul RM1,000,000.

Jika begitu, Jumlah jualan mesti melebih 1 juta selepas 12 tahun kemudian, iaitu bermula dari tahun 1937 hingga 1949. Mari kita mulakan sedikit proses matematik, jika jumlah jualan 1 tahun ialah 600,000. Kalau 12 tahun, jualannya ialah 7.2 juta.

Dari pengiraan ini, kita dapat lihat Napoleon Hill telah dapat mengumpul Wang sebanyak RM1,000,000 dalam tempoh 32 tahun. Percaya atau tidak, anda juga mampu melakukannya. Apalagi kalau pada zaman teknologi maklumat ini, pasti lebih mudah lagi.

Cabaran Melakukan Komitmen untuk Menjadi Kaya

Komitmen untuk menjadi kaya tidaklah susah pada zaman ini. Sebabnya ialah kita boleh menggunakan teknologi untuk menjual lebih banyak. Lebih banyak jualan, lebih cepatlah untuk kita mengumpul RM1,000,000. Tapi, persoalanya ialah kenapa masih ramai yang tidak dapat melakukannya?

Kita ada teknologi tersebut tetapi pendapatan kita masih lagi tidak meningkat. Ini yang ada dalam fikiranku, sebabnya ialah kita lebih banyak menggunakan teknologi untuk tujuan berhibur. Bila terlalu banyak masa yang kita luangkan pada hiburan, kita menggunakan banyak sumber yang sebenarnya menghabiskan wang kita. Beginilah antara contoh bagaimana kita menghabiskan wang kita.

  1. Kita membeli Rokok yang berharga RM20 sekotak, kerana kita suka merokok. Perkara yang benar adalah Kita tidak perlukan rokok untuk hidup.
  2. Kita membeli tiket penerbangan sehala berharga RM300 kerana lewat bangun kerana bermain video game. Kita pasti akan awal bangun sekiranya kita awal tidur.
  3. Kita melanggan Internet RM188 sebulan kerana mahu unlimited data internet. Adalah suatu pembaziran sekiranya anda tiada apa-apa produk dari data internet yang anda telah langgan itu.
  4. Kita membayar bahan api untuk kenderaan kerana banyak merayau-rayau untuk mengembirakan hati kita.
  5. Kita membayar bil elektrik yang tinggi kerana banyak menggunakan Laptop atau Handphone.

Diatas ini adalah antara contoh hiburan yang dapat membazirkan wang kita. Pengurusan kewangan yang tidak Benar akan membawa kitaran kewangan anda menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Anda mesti mengatur tabiat kewangan anda dengan memastikan bahawa setiap wang yang anda belanjakan dapat mengandakan nilai hidup dan jumlah wang anda.

Berfikirlah untuk menjadi lebih produktif, cuba fikirkan cara untuk mengandakan RM300 menjadi RM400 dengan menghasilkan produk seperti Video untuk Youtube.

Hiburan membawa anda keluar dari dunia realiti. Sekiranya anda menghabiskan lebih banyak masa dalam dunia fantasi, maka dunia realiti anda akan terabai sehingga komitmen anda untuk menjadi kaya menjadi lebih sukar kerana tidak cukup masa.

Hadapi dunia realiti lebih banyak dari dunia fantasi anda. Bila anda mahu menjadi kaya, lakukanlah perkara yang benar untuk menjadi kaya.

Mengejar Gelaran Jutawan Sejak dari Umur Setahun

Anda mungkin tidak akan sempat untuk menjadi jutawan pada umur ini, pada saat anda sedang membaca artikel yang aku tulis ini. Tapi, dalam dunia realiti ada pelbagai keadaan boleh berlaku seperti yang berlaku pada individu yang bernama Peter Spann yang telah menulis sebuah buku yang bertajuk From Broke to Multi-millionaire in Just 7 Years.

Dalam buku ini, dia mengongsikan bagaimana dia membina kekayaannya dan rahsianya untuk mencapai kebebasan kewangan dalam tempoh 7 tahun. Anda mungkin tidak pernah terfikir, cerita sebegini wujud di dalam internet, tapi hari ini anda telah mengetahuinya.

Jika anda percaya adanya cerita yang sedemikian, anda bolehlah baca dan fahami bagaimana dia melakukannya. Jika anda telah mengetahuinya tapi tidak mampu melakukan apa yang dia lakukan, jangan risau, lakukanlah untuk anak anda nanti.

Seperti fakta yang dinyatakan pada awal artikel ini iaitu “kita memerlukan masa 32 tahun untuk mengumpul RM1,000,000 tanpa bantuan kewangan yang datang dengan tiba-tiba seperti menang loteri atau harta warisan”.

Sekiranya anda memulakan usaha untuk mengumpul RM1,000,000 pada umur satu (1) tahun, angka-angka inilah yang akan harus anda capai.

komitment untuk menjadi kaya

Selama 32 tahun anda mesti mempunyai komitmen untuk menyimpan RM2,605 sebulan sekiranya anda mahu anak anda menjadi jutawan pada umur 32 tahun. Inilah cara pertama yang aku dapat fikirkan pada mulanya.

Kenapa? Sebabnya ialah pada masa umur sehingga 18 tahun, anak anda masih lagi tiada tanggungan dan duit itu hanya berganda-ganda dalam akaun anak anda.

Katakanlah anda menyimpan RM2,605 sebulan dalam ASB dengan kadar faedah 4% setiap tahun tanpa sebarang pengeluaran sehingga tahun ke-18, jumlah wang yang anda ada dalam ASB adalah RM824,218.42 dan sekiranya anda terus menyimpan sehingga tahun ke-21, anda akan mencapai RM1,026,816.44.

Bukan mudah untuk mencari RM2,605 sebulan selama 32 tahun. Pengorbanan anda hanya akan tercapai selepas 21 tahun berusaha. Jika anda mampu, simpanlah RM2,605 setiap bulan untuk anak anda nanti. Kemudian beri dia pendidikan untuk menguruskan harta dengan sebaiknya supaya dia tidak jatuh sakit dan miskin.

Jangan biar dia menjadi seperti Malin Kundang (Si Tanggang) yang menjadi kaya tiba-tiba, kemudian lupa asal-usul. Beri dia pendidikan supaya mampu mengurus sumber manusia, kewangan dan aset. Ini kerana pengurusan yang baik dapat menjaga kesenangan dan kebahagian untuk tempoh yang lama.

Beri dia pendidikan sejarah supaya menyedari bahawa keruntuhan moral dapat meruntuhkan kebahagian seseorang individu. Ajar dia erti kesetiaan yang sejati, supaya tidak hanyut dalam kesenangan dunia yang hanya sementara ini.

Sifat Setia untuk Menjadi Kaya

Pada pendapat aku, setia adalah sifat yang tidak akan hilang walau dimana sahaja seorang itu berada. Susah atau senang dia tetap sama. Ada orang yang setia pada perkara-perkara yang merosakkan fikiran dan tubuh mereka, begitu juga sebaliknya pada orang yang setia pada perkara-perkara yang baik untuk fikiran dan tubuh mereka.

Sekiranya anda setia pada perkara yang baik, kehidupan anda akan bertambah baik dari semasa ke semasa. Kita tidak tahu bila, tapi pasti kehidupan anda akan menjadi semakin baik. Sekiranya anda mahu mengetahuinya, anda kena buat catatan setiap hari.

Buat catatan harian mengenai apa yang telah anda lakukan dari pagi hingga petang. Lakukan rutin ini setiap hari dan lihat semula catatan yang anda telah buat. Bandingkan pada hari-hari sebelumnya, sekiranya anda lihat perbezaan, tanya diri anda adakah perbezaan itu baik atau tidak.

Sekiranya lebih banyak perkara yang baik, itu bermakna kehidupan anda semakin baik. Begitu juga sebaliknya, sekiranya perkara yang buruk lebih banyak berbanding perkara yang baik, itu bermakna kehidupan anda semakin kurang baik.

Pada masa inilah, anda kena sedar, anda perlu lakukan sesuatu supaya lebih banyak perkara yang baik anda lakukan. Jika anda setia pada perkara yang baik, seperti menolong banyak orang menyelesaikan masalah mereka. Impian anda untuk menjadi kaya dalam tempoh 32 tahun akan tercapai.

Aku mahu mengambil contoh Makan. Faktanya adalah manusia kena setia untuk MAKAN supaya tidak mati. Beberapa jam selepas kita lahir, kita sudah diajar untuk makan, kita setia untuk makan seumur hidup kita. Kesetiaan kita untuk makan menyebabkan kita membesar dan melalui peringkat kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan warga tua.

Dengan kesetiaan kita pada aktiviti MAKAN menyebabkan kita dapat menjaga tanggungjawab sebagai anak, adik, abang, kakak, ibubapa, datuk, nenek, pekerja dan banyak lagi. Jika anda tidak setia dengan aktiviti MAKAN, anda pasti akan mati dan tidak dapat melalui semua peringkat yang aku sebutkan di atas.

Dengan setia pada satu (1) perkara anda boleh melakukan banyak perkara. Dan aku melihat insan yang dapat menjalankan pelbagai tanggungjawab sebagai insan yang kaya.

Insan Kaya Banyak Tanggungjawab

Kehidupan orang kaya tidaklah sesenang seperti yang orang miskin fikirkan. Orang kaya banyak tanggungjawab yang perlu mereka lakukan setiap hari, minggu, bulan dan tahun. Mereka mesti melakukan itu barulah mereka dapat mengumpul wang dan dapat digelar orang kaya.

Mereka melakukannya supaya mereka dapat memberikan lebih banyak kebaikan kepada lebih banyak orang. Orang kaya mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu yang berimpak besar kepada masyarakat. Selain tanggunjawab kepada diri sendiri dan keluarga, orang kaya juga perlu terus menjaga tanggungjawab mereka pada masyarakat sebagai contoh membayar cukai pendapatan.

Semakin tinggi pendapatan orang kaya itu, semakin tinggi jugalah cukai pendapatannya. Tidak senang untuk menjadi kaya. Tetapi sekiranya anda sedar dengan tanggungjawab ahli dalam sesebuah masyarakat, anda akan mula memberikan yang terbaik sehingga anda juga akan dapat apa yang anda mahukan.

Orang kaya juga mengetahui bahawa tiada yang percuma di dunia ini. Bila anda memberikan sesuatu, anda pasti akan mendapatkan sesuatu. Bila anda mahukan sesuatu, anda mesti memberikan sesuatu. Jika anda pernah berfikir untuk menjadi kaya tanpa memberi, fikir semula tentang pola fikir seperti itu.

Sekiranya anda tidak mempunyai idea untuk bagaimana cara orang kaya berfikir, baca buku orang-orang kaya. Dengan membaca apa yang mereka tulis, anda akan mengetahui serba sedikit tentang apa yang mereka fikirkan.

Mungkin anda akan mengetahui cabaran-cabaran yang mereka hadapi sebelum menjadi terkenal, bagaimana mereka berdepan dengan cabaran-cabaran hidup dan akhir sekali selepas membaca buku mereka, anda juga akan menyedari bahawa mereka juga adalah manusia biasa yang pernah gagal tetapi bangkit kembali.

Aku suka membaca buku, tujuanku membaca ialah untuk mengetahui pola fikiran penulis. Bagaimana mereka menganalisa sesuatu perkara sehingga pembaca dapat memahami apa yang mereka sampaikan melalui penulisan mereka.

Melalui  pembacaan buku-buku yang hebat seperti Think and Grow Rich dan The Intelligent Investor, aku menyedari yang kejayaan orang kaya bukanlah tanpa tanggungjawab. Mereka mempunyai banyak tanggungjawab iaitu menguruskan aset-aset mereka seperti fikiran, wang, keluarga dan masyarakat disekeliling mereka.

Fikiran Penting Untuk Menjadi Kaya

Fikiranlah yang memulakan semua realiti yang anda lihat pada saat ini. Anda tidak akan melihat kereta, bangunan-bangunan tinggi, kapal terbang, kapal laut, keluarga bahagia dan banyak lagi. Semuanya bermula dari fikiran seseorang.

Fikiran yang sanggup MENGURUS semua masalah sehingga kehidupan menjadi lancar sesuai dengan apa yang anda mahukan. Sekiranya anda mampu menguruskan kehidupan, tidak mustahil untuk anda mampu menguruskan kekayaan anda iaitu semua yang anda ada pada masa ini seperti Keluarga, tempat tinggal, pendidikan, kawan-kawan, kereta, pekerjaan, wang simpanan dan yang paling penting ialah MASA.

Sekiranya anda tidak sanggup berfikir, anda tidak akan menjadi kaya.

Masa Membantu Kita untuk Menjadi Kaya

Masa dapat membantu kita untuk menjadi kaya. Bagaimana? Jawapan pendeknya ialah Dengan cara memberikan masa kepada kekayaan kita. Ini pula penerangan panjangnya.

Katakanlah anda mahukan 1,000,000 ringgit.

Pertama sekali anda akan memberikan MASA kepada diri anda untuk berFIKIR bagaimana untuk mendapatkan duit tersebut. Anda telah pun memberikan masa anda untuk berfikir mahukan RM1,000,000.

Kedua, anda akan memberikan MASA kepada diri anda untuk bertindak sesuai dengan cara yang anda fikirkan untuk mendapatkan RM1,000,000 itu. Bagaimana? mungkin dengan cara mendekati lebih ramai orang melalui internet Youtube, Facebook, Twitter, Blog dan Instagram.

Ketiga, anda memberikan MASA yang cukup lama kepada diri anda untuk berkerja mendapatkan RM1,000,000.

Keempat, sekiranya anda tidak berhenti pada usaha anda dalam jangka masa lebih dari 7 tahun, anda akan mencapai matlamat anda untuk mendapat RM1,000,000.

Kesetiaan yang seperti ini akan mengandakan kemakmuran anda mengikut prinsip Compound Interest yang Albert Einstein katakan sebagai “The 8th wonder of the world“.

Compound interest is the 8th wonder of the world – Albert Einstein

Compound Interest

Dalam bahasa mudah, Compound Interest adalah faedah berganda yang akan diperolehi apabila anda melaburkan semula keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan asal. Anda hanya menggunakan elemen ‘MASA’ sebagai penggerak utama yang bekerja untuk anda menghasilkan pulangan yang lumayan.

Dari sini, adakah anda melihat peranan MASA untuk membantu anda menjadi kaya?

Kisah Beras dan Papan Catur

Aku suka memahami Konsep Faedah berganda menggunakan cerita ilustrasi “Kisah Beras dan papan catur”.

Pada zaman dahulu di negara India, ada seorang ahli Matematik yang telah berjaya mencipta “Permainan Catur”. Pada waktu itu permainan catur begitu popular dan sangat disukai, sehingga raja yang sedang berkuasa di India memanggilnya.

Setelah datang menghadap, Si Raja pun berkata “Sebutkan hadiah anda dan anda akan mendapatkannya!”. Si Ahli matematik pun meminta hadiah sederhana.

“Tuanku raja, dalam papan catur ada 64 petak, aku meminta diberi butir-butir beras, sesuai dengan jumlah petak yang ada ini. Petak pertama diisi dengan 2 butir beras, petak kedua diisi 2 kalinya petak pertama, yaitu 4 butir beras. Petak ketiga diisi dengan 2 kalinya petak kedua, yaitu 8 butir beras. Petak keempat diisi dengan 2 kalinya petak ketiga, yaitu 16 butir beras. Begitu seterusnya sampai petak ke-64 yang disi 2 kalinya petak ke-63 terisi penuh.”

Sang Raja pun terkejut kerana dia tidak meminta emas tetapi cukup puas bahwa Si Ahli matematik ini meminta sedikit sahaja.

Lalu sang raja pun menyuruh pekerjanya untuk mengabul permintaan ini. Papan catur dibawa ke dalam gudang istana. Pekerja raja itu memulakan dengan meletakkan dua butir beras di petak pertama, empat butir di petak kedua, lapan butir di petak ketiga, begitu seterusnya.

Tetapi sampai di petak ketujuh tumpukan beras tidak dapat dikumpulkan. Bahkan butir-butir beras sudah tidak dapat dimuat ke petak ke lapan, karena ada 256 butir yang mesti dimasukkan.

Pekerja raja itu pun menemui ahli matematik yang masih duduk di hadapan raja, mengatakan kalau ia mulai tidak dapat mengisi butir-butir beras di petak kesembilan.

Lalu kata si ahli matematik, “Kalau begitu, sekarang masukkan beras-beras itu ke dalam karung.”

Kemudian pekerja raja itu pun sambung lagi untuk menghitung beras dan memasukkan ke dalam karung. Butir-butir beras untuk petak ke-9 yang isinya 512 butir beras dimasukkan ke dalam karung. Begitu juga beras untuk petak ke-10 yang berisi 1,024 butir. Sekarang ia sudah mulai mengalami kesukaran menghitung sehingga meminta bantuan anak buahnya.

Sampai petak ke-16 mereka harus bekerja setengah mati, petak ini harus diisi dengan 65,536 butir beras yang langsung dimasukkan ke dalam karung. Setelah beberapa hari bekerja, entah sampai kotak yang keberapa, yang pasti belum sampai petak terakhir, beras di Gudang istana sudah hampir habis.

Para petugas gudang sangat bingung, mereka akhirnya melapor ke raja kalau tugas in sangat berat dan tidak masuk akal. Mereka tidak mampu lagi menghitung butir-butir beras untuk petak yang seterusnya.

Lalu raja ingat ahli matematik yang telah mempertaruhkan kepalanya. Jadi ia dipanggil kembali kerana kagum dengan keupayaannya berfikir, lalu menjadikannya sebagai penasihat diraja.

Ini hanyalah sebuah cerita yang aku tambah-tambah sekadar ilustrasi sahaja. Sekarang Kita lihat cara matematik menjelaskan lagi cerita ini yang prinsipnya boleh diguna dalam usaha anda untuk menjadi kaya.

Kalau memakai kalkulator, dengan cepat kita akan mendapatkan berapa butir beras yang diperlukan untuk mengisi petak ke 64, yaitu 18,446,744,073,709,551,616 butir atau 18 Quintillion.

  1. 2
  2. 4
  3. 8
  4. 16
  5. 32
  6. 64
  7. 128
  8. 256
  9. 512
  10. 1,024
  11. 2,048
  12. 4,096
  13. 8,192
  14. 16,384
  15. 32,768
  16. 65,536
  17. 131,072
  18. 262,144
  19. 524,288
  20. 1,048,576
  21. 2,097,152
  22. 4,194,304
  23. 8,388,608
  24. 16,777,216
  25. 33,554,432
  26. 67,108,864
  27. 134,217,728
  28. 268,435,456
  29. 536,870,912
  30. 1,073,741,824
  31. 2,147,483,648
  32. 4,294,967,296
  33. 8,589,934,592
  34. 17,179,869,184
  35. 34,359,738,368
  36. 68,719,476,736
  37. 137,438,953,472
  38. 274,877,906,944
  39. 549,755,813,888
  40. 1,099,511,627,776
  41. 2,199,023,255,552
  42. 4,398,046,511,104
  43. 8,796,093,022,208
  44. 17,592,186,044,416
  45. 35,184,372,088,832
  46. 70,368,744,177,664
  47. 140,737,488,355,328
  48. 281,474,976,710,656
  49. 562,949,953,421,312
  50. 1,125,899,906,842,620
  51. 2,251,799,813,685,250
  52. 4,503,599,627,370,500
  53. 9,007,199,254,740,990
  54. 18,014,398,509,482,000
  55. 36,028,797,018,964,000
  56. 72,057,594,037,927,900
  57. 144,115,188,075,856,000
  58. 288,230,376,151,712,000
  59. 576,460,752,303,423,000
  60. 1,152,921,504,606,850,000
  61. 2,305,843,009,213,690,000
  62. 4,611,686,018,427,390,000
  63. 9,223,372,036,854,780,000
  64. 18,446,744,073,709,600,000

Apa yang menarik bagi aku dari cerita catur ini ialah Pengandaan. Pekerjaan kecil yang kita lakukan lama-kelamaan akan menjadi besar nilainya sekiranya dikerjakan secara berterusan. Bila anda menyimpan RM10 sebulan, dalam 12 bulan ia akan berganda RM120 secara kasar, tidak termasuk dividen.

Selain wang anda berganda, disiplin kewangan anda juga akan menjadi lebih tajam. Anda akan menjadi orang yang tidak mahu menyerah kalah untuk mencapai kebebasan kewangan seperti yang anda impikan.

Mencapai Kebebasan Kewangan

Komitmen untuk menjadi kaya patut aku mulakan dari sekolah rendah lagi. Aku patut menyedarinya pada masa itu. Walau bagaimanapun, itu hanya angan-angan. Yang penting sekarang adalah mengorak langkah pertama untuk ke arah kebebasan kewangan atau dalam perkataan pendek iaitu “Kaya”.

Aku mahu menjadi kaya dari segi kewangan. Supaya aku boleh membantu masyarakat yang ada di sekelilingku. Inilah yang akan aku lakukan sekiranya aku mempunyai RM1,000,000.

Menguruskan RM1,000,000

Sekiranya aku mempunyai wang sebanyak RM1,000,000.

Perkara pertama yang aku akan lakukan adalah memberikan 10% kepada Gereja dalam kategori Perpuluhan RM100,000. Ini adalah untuk menunaikan tanggungjawabku kepada Tuhanku kerana memberkatiku dalam pekerjaanku. Tinggal RM900,000 sahaja lagi.

Perkara kedua, aku akan membayar cukai pendapatan RM100,000 (hanya anggaran kasar) kepada kerajaan Malaysia. Ini untuk menunaikan tanggungjawabku sebagai rakyat yang mencintai negara kerana adanya RAHMAT BAHAGIA yang dikurniakan oleh Tuhan yang Maha Esa. Baki RM800,000.

Perkara ketiga, aku akan menyediakan satu bilik bacaan di rumahku untuk aku belajar menambah pengetahuan supaya dapat menguruskan kewangan, diri, keluarga dan masyarakat yang ada disekelilingku. Kos yang aku anggarkan adalah RM100,000. Baki RM700,000.

Perkara keempat, aku membeli 4 buah rumah kos rendah masing-masing bernilai RM100,000 dan menyewakan dengan harga RM400 sebulan kepada keluarga yang terlalu miskin. Kemudian, memberikan bantuan kewangan kepada keluarga ini sebanyak RM100 sebulan bagi meringankan beban keluarga ini. Bantuan akan terus ditingkatkan sekiranya keluarga ini dapat menguruskan kehidupan dengan baik. Baki wang RM300,000.

Perkara kelima, aku akan melaburkan RM200,000 samaada dalam ASB, Unit Trust, Saham dan lain-lain yang dapat mengandakan lagi duit aku sehingga mencapai RM1,000,000 untuk kali ke-2.

Perkara keenam, aku akan berkahwin dengan wanita yang menerima aku seadaanya semasa susah senang. Aku menganggarkan secara kasar kos proses ke arah perkahwinan ini adalah RM100,000. Ini termasuklah tunang, pra perkahwinan, perkahwinan dan perbelanjaan 3-8 bulan ke depan selepas perkahwinan.

Fikirkan Tentang Matlamat

Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta adalah dengan cara meletakkan matlamat. Bila ada matlamat, maka otak kita akan mula bekerja mencari jalan untuk mencapainya. Matlamat itu mesti menjadi Desire anda. Selepas itu diikuti dengan memikirkan atau membayangkan bagaimana anda menguruskan wang tersebut sekiranya ia sudah ada ditangan anda.

Bagi aku sendiri, Keinginan atau Desire ku adalah untuk mengumpul wang RM1,000,000. Setiap hari, aku mengatakan pada fikiranku, bahawa aku mahu wang sebanyak RM1,000,000. Aku memberitahu fikiranku, bahawa aku akan mendapat wang tersebut pada 31 Disember 2020. Aku juga memberitahu pada fikiranku bahawa aku sanggup memberikan 1 jam setiap hari, 5 jam seminggu, 28 jam sebulan dan 336 jam setahun untuk mendapat RM1 juta.

Bersama-sama dengan pernyataan diatas, aku sentiasa memberitahu pada fikiranku bahawa aku akan mencapai matlamatku dengan cara mengonsikan 84,000 patah perkataan setiap bulan melalui penulisan blog. Sebab itulah aku membuat keputusan untuk Mulakan Blog Sendiri.

Ilmu pengurusan kewangan sangat penting dan perlu anda kuasai sekiranya anda mahu menambah wang dalam bank anda. Jangan pernah mengimpikan untuk mendapat RM1,000,000 sekiranya RM10 pun anda tidak tahu mengurusnya.

Mulakan mengurus perkara-perkara kecil dahulu, kemudian barulah beralih kepada perkara-perkara yang besar. Dibawah ini adalah contoh langkah-langkah kecil yang boleh anda jadikan panduan untuk ke arah menjadi kaya.

  1. Simpanan 3 bulan pendapatan
  2. Bebas daripada segala “hutang negatif”
  3. Simpanan 6 bulan pendapatan
  4. Simpanan 9 bulan pendapatan
  5. Simpanan 1 tahun pendapatan
  6. Simpanan RM1.2 juta
  7. Capai status “Financial Freedom”

Belajar Mengurus Perkara-perkara Kecil

Sebagai seorang baru bermula untuk berusaha menjadi kaya, tidak digalakkan untuk melakukan perkara-perkara yang besar. Kenapa?

Sebab yang pertama adalah tiada asas yang kukuh. Asas yang kukuh akan menyediakan diri anda untuk supaya tidak rapuh dan tidak goyah pada sebarang godaan dan cabaran yang dihadapi oleh orang kaya. Sebaliknya, jika anda rapuh dan mudah goyah, kekayaan anda tidak akan bertahan lama.

Sebab yang kedua, 10sen boleh digunakan untuk mencukupkan RM1 juta anda. Sekiranya anda mempunyai RM999,999.90, untuk menjadikannya 1 juta, anda cuma perlu menambah 0.10 sen. Begitulah ilustrasinya, perkara kecil itu adalah pelengkap untuk anda mencapai matlamat anda.

Sebab yang ketiga, mengelakkan anda daripada cuai. Bila kita terlalu fokus pada perkara yang besar, kita lupa pada perkara yang kecil. Ada perkara kecil yang andai tersilap langkah kita tidak akan dapat menikmati kekayaan dengan sebaiknya. Kita mungkin meletakkan Matlamat kita untuk menjadi kaya sebagai perkara yang besar, tetapi jangan pernah mengabaikan pentingnya menjaga hubungan antara keluarga, kawan-kawan dan kesihatan anda.

Sebab yang terakhir adalah membuat strategi sendiri untuk menjadi kaya. Sementara mengurus perkara-perkara kecil, gunakan kemampuan anda berfikir tentang bagaimana perkara-perkara kecil ini dapat menjadikan anda kaya. Aku sentiasa yakin yang manusia mempunyai kebolehan untuk beradaptasi dengan matlamat mereka.

Pelajaran sebenar bukan pada artikel yang aku tulis ini, tetapi pelajaran itu adalah daripada perasaan dan fikiran yang anda alami semasa berusaha untuk menjadi kaya. Itulah pelajaran sebenar. Dan perlu diingat, dari pelajaran yang anda sendiri alami, mungkin ia akan menjadi strategi yang paling ampuh untuk mencapai matlamat anda yang murni itu.

Sekiranya anda sudah mengikuti rutin untuk mengurus perkara-perkara kecil selama 3 tahun. Pada tahun ke-4 hingga tahun ke-5, anda akan dapat melihat kesannya sehingga timbul kesanggupan untuk melakukan perkara-perkara tersebut dalam skala yang lebih besar.

Sebagai contoh, Anda menyimpan RM200 setiap bulan selama 3 tahun. Pada tahun ke-4 hingga tahun ke-5, fikir dan gunakan wang yang anda simpan itu untuk membolehkan anda menyimpan dua kali ganda iaitu RM400. Tabiat yang anda pelihara selama 3 tahun, sudah tidak menjadi masalah lagi kerana telah terbiasa.

Ditambah lagi kalau anda sudah melihat dengan mata sendiri dan merasa melalui pengalaman sendiri tentang keuntungan yang anda dapat sekiranya anda terus menyimpan tanpa henti.

  • Perkara yang kecil hanya untuk menyediakan kita untuk melakukan perkara yang besar.
  • Perkara yang kecil hanya membangkitkan kesanggupan kita untuk melakukan perkara yang besar.
  • Perkara yang kecil akan menjadi tabiat untuk melengkapkan perkara yang besar.
  • Perkara yang kecil tidak senang untuk hilang dalam diri kita, satu hari ia akan tumbuh membesar.
  • Perkara yang kecil boleh mengubah minda kita secara sedar dan tidak sedar.
  • Perkara yang kecil seperti No.0 disusun secara menaik menjadi No.1 hingga menjadi 1,000,000.
  • Perkara yang kecil yang anda lakukan dengan baik sekali akan menjadikan anda pakar.
  • Perkara yang kecil memupuk anda untuk FOKUS pada apa yang anda lakukan.
  • Perkara yang kecil tidak akan memakan masa yang banyak untuk anda berlatih setiap hari.

Perkara Kecil yang Ada dalam Diri

Setiap perubahan bermula dari fikiran anda, oleh itu anda perlu mengubah fikiran anda selari dengan matlamat yang anda mahukan. Salah satu perkara kecil yang anda boleh lakukan untuk mendidik fikiran anda ialah dengan membaca Ayat-ayat mutiara pendek yang tidak memakan masa lebih dari 2 minit untuk menyebutnya dengan kuat setiap hari.

Fokus pada perkataan-perkataan yang penting dalam hidup anda. Anda mesti mempunyai Fokus setiap hari. Salah satu Aplikasi yang menyediakan 10 ayat penting untuk menjadi kaya adalah DailyFocus. Ayat-ayat dalam Aplikasi ini sangat pendek.

Ayat-ayat dalam aplikasi ini disusun mengikut keperluan. Ayat no.1 adalah yang paling penting, sumber kekuatan dari semua ayat yang ada dibawah. Beri makanan pada minda anda dengan ayat-ayat seperti ini.

Supaya anda lebih bersemangat untuk maju kedepan dan menjadi kaya. Lebih lama anda membaca ayat ini, maka lebih kukuh ayat-ayat ini dalam fikiran anda. Tapi ingat, kejayaan ialah apa yang anda lakukan setiap hari. Jarakan masa pembacaan dalam skala harian.

2 Kali sehari sudah cukup. Baca ayat-ayat ini sebagai ubat pada fikiran anda untuk menuju ke matlamat anda. Perkara ini sepertinya kelihatan kecil, tapi adakah anda pernah sedar bahawa ubat yang sekecil kuku jari kelingking pun mampu untuk menyembuhkan tubuh kita yang besar ini.

Seperti itulah juga kelebihan ayat-ayat yang masuk dalam fikiran kita. Ia memberikan cara pandang yang berbeza sehingga kita dapat melihat cabaran di sudut yang berbeza. Cara pandang yang membantu kita terus maju walaupun agak mustahil untuk dilakukan. Cara pandang yang membuatkan anda untuk tidak mahu berputus asa.

Ia mampu mengubah Mindset;

  • Susah jadi Senang
  • Miskin jadi Kaya
  • Sedih jadi Gembira
  • Lemah jadi Kuat
  • Bodoh jadi Pintar
  • Marah jadi Tenang
  • Lambat jadi Cepat
  • Jahat jadi Baik
  • Mimpi jadi Nyata
  • Sedikit jadi Banyak
  • Benci jadi Sayang
  • Musuh jadi Kawan
  • Terbelakang jadi Terdepan

Kehidupan anda akan lebih banyak kemajuan berbanding kemunduran jika anda berfikiran positif. Masukkan tabiat berfikiran positif dalam senarai komitmen untuk anda menjadi kaya.

Bayangkan Perkara yang Positif

Apabila anda tidak mampu untuk berfikiran positif, cuba lakukan Teknik Imaginasi. Imaginasi boleh membantu anda dengan mudah mengalami sendiri apa itu menjadi kaya. Jangan pernah memandang rendah pada teknik ini kerana telah banyak orang yang berjaya menggunakan teknik ini dalam usaha mereka menjadi kaya.

Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world. ―Albert Einstein

Dalam melakukan imaginasi, anda perlu fokus kerana anda sedang melatih otak anda untuk mereka bentuk seperti dalam dunia sebenar. Andalah yang mereka watak, persekitaran tempat, dan bunyi-bunyinya sekali. Lebih berkualiti dari Video dalam Youtube.

Tutup mata anda dan bina animasi dalam fikiran anda. Anda boleh menggunakan cerita pendek dibawah ini untuk mengembangkan daya imaginasi anda.

Cerita Imaginasi 1

Anda sedang duduk di atas kerusi putih dalam sebuah bilik yang Putih. Dengan satu petikan jari, Tuck!!!. Sebuah meja berwarna putih yang tingginya adalah sama dengan ketinggian meja di kelas anda semasa tingkatan 5. Anda sedang berfikir sambil memegang dagu anda dengan hanya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.

Tiba-tiba, anda memetik lagi jari anda Tuck!!! Rak-rak yang dipenuhi buku muncul di sebelah kanan, kiri dan belakang anda. Sementara pintu keluar, berada di hadapan anda. Anda tertanya-tanya jam berapa pada masa ini, lalu anda melihat di atas pintu sebuah jam berwarna hitam, jarum pendek jam itu tepat-tepat menyentuh No.5, manakala jarum panjang jam itu menyentuh No.6.

Kemudian, anda berbisik pada diri anda, sudah tamat 30 minit sesi latihan imaginasi. Kemudian anda membuka mata. TAMAT!!!

Cerita Imaginasi 2

Anda sedang berada dalam sebuah bilik mesyuarat. Dalam bilik itu, ada sebuah meja yang panjangnya 5meter dan lebarnya 2 meter. Dengan mengunakan arahan anda, Meja panjang itu diletakkan tepat selesa di depan anda secara menegak.

Anda akan menjadi Ketua Mesyuarat pada pukul 7:30 pagi itu. Tiba-tiba pintu diketuk oleh seseorang. Anda memberikan arahan masuk, dan orang itu pun masuk. Anda melihat orang itu sebagai Albert Einstein.

Sambil berjalan masuk ke arah anda, Albert Einstein mengucapkan “Selamat pagi Tuan”. Belum sempat anda menjawab pada Albert Einstein, pintu diketuk lagi.

Anda dengan cepat, menjawab “Selamat pagi” pada Albert Einstein dan memberikan arahan masuk pada Warren Buffett. Anda berdiri dan mempelawa Albert Einstein dan Warren Buffett duduk masing-masing di sebelah kiri dan kanan anda.

Anda bertanya pada Albert Einstein. “Jika Tuan diberi pilihan mana yang lebih penting Imaginasi atau pengetahuan?”

Dan anda mendengar Albert Einstein menjawab “Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. Pengetahuan adalah terhad, sedangkan imaginasi merangkumi seluruh dunia, merangsang kemajuan, melahirkan evolusi. ”

Selepas mendengar jawaban Albert Einstein, anda membuka mata dan merasa yakin bahawa Otak kanan anda berkerja keras untuk anda.

Peranan Otak dalam Komitmen untuk Menjadi Kaya

Kini aku ingin mengongsikan serba sedikit tentang peranan otak dalam komitmen untuk menjadi kaya. Aku senang untuk mengakui bahawa aku bukanlah pakar Otak yang bertauliah. Aku hanya pembaca yang suka untuk mengetahui tentang otak, kerana bahagian ini sangat penting pada mahkluk yang bernama Manusia.

Otak adalah pusat kawalan yang utama kepada tubuh. Dalam buku “Think and Grow Rich” tulisan Napoleon Hill, terdapat 13 Prinsip yang dihuraikan secara panjang lebar untuk menjadi kaya.

  1. Desire
  2. Faith
  3. Auto – Suggestion
  4. Specialized knowledge
  5. Imagination
  6. Organized planning
  7. Decision
  8. Persistence
  9. Master mind
  10. Sex transmutation
  11. The subconscious
  12. The brain
  13. The sixth sense

Kesemua prinsip diatas memerlukan peranan Otak untuk membuatkan anda kaya. Salin 13 prinsip ini dan masukkan dalam komitmen untuk anda menjadi kaya. Napoleon Hill telah menghuraikan setiap prinsip bersama-sama dengan contoh yang membuatkan anda berfikir “Adakah ini benar?”.

Dari membaca buku ini, anda akan memahami bagaimana cara orang-orang dari senarai Fortune Global 500 menjadi kaya dalam bidang mereka.

Otak boleh dibahagikan kepada 2 bahagian, Otak Kiri dan Otak Kanan. Setiap bahagian ini mempunyai peranan dalam proses berfikir.

Dari sini, anda mesti tahu yang setiap kali anda membuat keputusan untuk melakukan sesuatu tindakan, ketahuilah bahawa itu adalah hasil kerjasama dari 2 bahagian otak anda.

Fungsi-fungsi otak kiri dan kanan anda adalah seperti berikut;

Otak Kiri (Ingatan Jangka Pendek)

Otak Kiri lebih efisien ketika berkerja dalam subjek-subjek yang melibatkan;

1. Bahasa
2. Nombor
3. Analisis
4. Logik
5. Susunan
6. Kiraan
7. Perincian

Otak Kanan (Ingatan Jangka Panjang)

Otak Kanan lebih efisien ketika berkerja dalam subjek-subjek yang melibatkan;

1. Kreativiti
2. Konseptual
3. Seni/Muzik
4. Gambar/Warna
5. Dimensi
6. Emosi
7. Imaginasi

Info mengenai pengkhususan peranan otak ini boleh digunakan untuk memberikan tumpuan pada kekuatan diri, kemudian memperbaiki kelemahan diri. Untuk menjadi Kaya, kekuatan diri perlu dibina melalui latihan dalam jangka masa yang panjang.

One hour per day of study in your chosen field is all it takes. One hour per day of study will put you at the top of your field within three years. Within five years you’ll be a national authority. In seven years, you can be one of the best people in the world at what you do. – Earl Nightingale

Tempoh latihan untuk Membina Kekuatan Diri

Sekiranya anda meluangkan 1 jam sehari berlatih membina kekuatan diri anda, dalam masa 3 tahun anda akan menguasai sepenuhnya subjek yang anda ingin fokuskan. Dalam masa 5 tahun, anda akan menjadi terbaik dalam subjek tersebut di peringkat Kebangsaan atau di negara anda sendiri. Dalam masa 7 tahun, anda akan menjadi terbaik di peringkat dunia khususnya dalam subjek yang anda minati.

Kekuatan yang anda bina dalam tempoh 7 tahun boleh membantu anda untuk menjadi kaya. Dengan bantuan teknologi yang ada pada masa kini, aku pasti anda pasti boleh menjadi kaya. Gunakan kekuatan anda untuk melayani lebih banyak orang.

Komitmen untuk Menjadi Kaya

Bawa lebih banyak nilai dalam kehidupan orang lain. Dengan melakukan komitmen seperti itu, sekali lagi aku mahu meyakinkan anda bahawa anda boleh menjadi kaya.

Tetapi adakah kesanggupan anda cukup besar sehingga anda mampu untuk berjuang selama 7 tahun demi memberikan sepenuh komitmen untuk menjadi kaya.

Sekiranya Jawaban anda YA, terus luangkan masa anda untuk “Think and Grow Rich”.

(Artikel ini mengandungi Affiliate Link yang memberikan aku sedikit komisen sekiranya anda membeli melalui link tersebut.)

30 Minute List Building Challenge
Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Post Terbaru

  • Lirik Lagu Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises
  • Lirik Lagu CIAO – Joe Flizzow Feat MK , Jay Park
  • Lirik Lagu Aduh Mamae
  • Lirik Lagu Snowman – Sia
  • Lirik Lagu Teman Imantroye

SplashMoneyOnline.com

Grab Online Opportunity Smartly
Copyright © 2021 SplashMoneyOnline.com
Theme by MyThemeShop.com